|
BAHAGIAN A BIRO TATANEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI KENYATAAN SEBUT HARGA 1. Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-syarikat Kawalan Keselamatan yang berpengalaman, berdaftar dengan Kementerian Kewangan serta bertaraf Bumiputera di bawah kod bidang Kawalan Keselamatan (220302) dan mempunyai lesen untuk menjalankan urusan persendirian yang masih sah tempoh daripada Kementerian Dalam Negeri untuk menyertai sebutharga bagi perkhidmatan berikut:- PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA) DI KEM BINA NEGARA KAKI BUKIT, PERLIS (BTN/IP/S/10/2010) 2. Kontraktor yang berminat dijemput menghadiri taklimat di tempat dan tarikh yang ditetapkan seperti berikut: Tarikh : 27 Julai 2010 Masa : 10.00 pagi Tempat : Kem Bina Negara Kaki Bukit, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, 02200 Kaki Bukit, Perlis. 3. Tuan punya syarikat atau wakil yang dilantik sahaja yang layak untuk menghadiri taklimat ini. Setiap orang hanya layak untuk mewakili sebuah syarikat sahaja. 4. Dokumen Sebutharga boleh didapati secara percuma di laman web http://www.eperolehan.com.my/ 5. Dokumen sebutharga yang telah diisi, hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermetri dan ditulis dengan Nombor Sebutharga, Tajuk Sebutharga dan no. cadangan pembekal Y011101050109_ _ _ _ _ _, di ruang atas sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan ke :- Biro Tatanegara Cawangan Perlis, Jabatan Perdana Menteri, Tingkat 5, Menara KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis. Sebutharga ini mestilah sampai sebelum atau pada 4 Ogos 2010 jam 12.00 tengahari. Sebarang kelewatan tidak akan dilayan.
6. Tawaran ini adalah dipelawa oleh Ketua Pengarah, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri . 7. Untuk keterangan lanjut tuan boleh menghubungi talian berikut:- BTN Putrajaya : 03-88724642/50 KBN Kaki Bukit : 04-9457022 [ KEMBALI ]
|