|
Kami bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan. Dengan itu, kami berjanji kepada pelanggan seperti berikut: PESERTA KURSUS: Sebelum sesuatu aktiviti: Kursus akan ditawarkan kepada organisasi/peserta selewat-lewatnya 21 hari sebelum kursus bermula. Semasa menyertai aktiviti: - Peserta diberi pendidikan dan latihan yang mengiktiraf keupayaan fizikal dan intelektual mereka.
- Semua kemudahan dan keperluan asas aktiviti akan disediakan dalam keadaan lengkap, mencukupi dan berkualiti.
Selepas menyertai aktiviti: - Peserta yang mengikuti kursus dengan jayanya akan diberi sijil penyertaan selewat-lewatnya 2(dua) minggu selepas kursus tamat.
- Peserta berpeluang mengikuti aktiviti selanjutnya untuk menjadi Sahabat dan Tenaga Penggerak BTN.
TENAGA PENGGERAK: Mengeluarkan surat pelantikan selewat-lewatnya 2(dua) minggu setelah menerima surat persetujuan daripada calon Tenaga Penggerak. Mengeluarkan surat jemputan bertugas sekurang-kurangnya 10 hari sebelum sesuatu aktiviti bermula. Memastikan bahawa semua kemudahan dan keperluan asas aktiviti dalam keadaan lengkap, mencukupi dan berkualiti. Membuat pembayaran semua imbuhan/tuntutan dalam tempoh 14 hari setelah menerima borang tuntutan yang lengkap.
PEMBEKAL: Memberi pertimbangan yang adil dan saksama dalam tempoh masa yang ditetapkan terhadap semua tawaran pembekal. Membuat pembayaran semua bil atau invois dalam tempoh 14 hari setelah menerima dokumen yang lengkap.
|